Janet Yellen Beri Isyarat Kadar Faedah AS Akan Dinaikkan?

509

US dolar kekal didagangkan tinggi selepas meraih sokongan daripada kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen yang memberitahu bahawa kadar faedah perlu dinaikkan untuk memastikan ekonomi tidak ‘overheat’.

Overheated economy’ adalah ekonomi yang sedang berkembang pada kadar yang tidak mapan. Dua tanda utama ekonomi ‘overheat’ adalah kenaikan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang berada di bawah tahap normal bagi ekonomi.

Oleh itu, bank pusat akan mengambil langkah meningkatkan kadar faedah untuk menghentikan ekonomi daripada ‘overheating’.

Susulan kenyataan itu, indeks pasaran saham yang telah pun terkesan akibat sentimen berisiko, susut lebih rendah dan memacu lonjakan hasil bon AS serta dolar greenback pada sesi New York.

Namun begitu, Yellen kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak meramalkan atau mencadangkan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah kerana beliau tidak melihat masalah pada inflasi.

Fed sebelum ini telah berjanji untuk mengekalkan kadar faedah hampir sifar sehingga pekerjaan pulih dan inflasi berada di atas sasaran 2% untuk beberapa waktu, tetapi ahli ekonomi dan pelabur melihat risiko bahawa perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan lonjakan inflasi lebih tinggi.

Ekoran itu, US dolar kembali mengurangkan sedikit keuntungannya pada awal sesi Asia hari ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan sedikit susut di sekitar 91.20.

Walaupun kenyataan Yellen hanya sebagai pandangan beliau sebagai bekas Pengerusi Fed, pelabur melihat situasi ini sebagai petunjuk kebarangkalian untuk kadar faedah di AS ditingkatkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat