Janet Yellen Umumkan Usulan Cukai Baharu Untuk Rangsang Ekonomi!

477

Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen pada hari Selasa telah membuat usulan yang menyeru para pemimpin perniagaan membayar cukai yang lebih tinggi untuk menyokong rangsangan perbelanjaan kerajaan, membantu kesatuan pekerja dan mengurangkan sekatan persaingan antrabangsa.

Dalam ucapannya kepada Dewan Perniagaan A.S., Yellen mengulangi hasrat Rumah Putih untuk menaikkan cukai ke atas syarikat dan mereka yang berpendapatan tertinggi sebagai sebahagian daripada rancangan perbelanjaan infrastruktur yang bercita-cita tinggi.

Pentadbiran A.S juga merancang untuk mengenakan cukai korporat global yang minimum sebagai usaha untuk menghentikan syarikat daripada memindah pangkalan mereka untuk mengelak pungutan cukai yang lebih tinggi.

Tambah Yellen, Rancangan Keluarga Amerika Presiden Joe Biden akan mendapat kelebihan daripada pembaharuan cukai yang lebih saksama ini. Beliau juga berpendapat bahawa langkah ini juga dapat mengurangkan pengelakan cukai yang kerap dilakukan sebelum ini.

Disisi yang berbeza, turut ditekankan kesenjanggan dalam sektor pekerjaan seperti kurangnya suara dari kalangan buruh kerana tidak ramai yang ikut serta dalam kesatuan.

Bekas Presiden Donald Trump telah mendorong dasar-dasar seperti tarif, memerangi pencurian teknologi Amerika dan harta intelek China dan menarik diri dari pelbagai pakatan perdagangan global. Yellen, bagaimanapun, mengatakan persaingan dari luar negara harus disambut baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat