Jangan Abaikan, Ini Perkara Trader Kripto Perlu Tahu Menjelang FOMC!

445

“Hmmm agaknya harga BTC akan naik atau turun semasa FOMC nanti?”

Ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) nampaknya masih berlegar di bawah $30,000, tetapi Federal Reserve (Fed) yang bakal umumkan keputusan kadar faedah pada minggu depan mampu menyebabkan harganya melihat pergerakan volatile.

Jika masih ingat semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran terbuka Persekutuan (FOMC) lalu, Fed dilaporkan berhasrat melaksanakan dua kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun ini.

Memang tidak dinafikan terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) sebelum ini tidak memberi kesan kepada pasaran kripto, namun keputusan kadar faedah yang bakal berlangsung pada 26 Julai 2023 dijangka mencetuskan momentum turun naik secara drastik.

Walaupun kenaikan kadar faedah mungkin beri tekanan jualan jangka pendek pada aset berisiko, tetapi tindakan tersebut juga dijangka mendorong harga BTC melonjak tinggi susulan ramai pakar berpendapat kenaikan pada Julai adalah yang terakhir.

Menerusi pemerhatian, BTC mungkin tergelincir sehingga $27,330 ataupun $26,767 iaitu paras di mana pengumpulan utama bagi pemegang jangka panjang manakala untuk jangka pendeknya harganya terletak pada $28,138.

Namun, sekiranya prospek makroekonomi bertambah baik, maka harga BTC berpotensi melantun semula untuk menembusi $35,000 sehingga $41,000.

Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa keyakinan pelabur terhadap BTC akan semakin merudum jika harganya terjun hingga $25,000 susulan aset digital tersebut berupaya menjunam lebih bawah pada $21,313.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC tergelincir sebanyak 0.45% pada paras $29,876 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $580 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 4.89% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat