Jangan Berani Usik Taiwan – China

453

China memberi amaran akan mengambil tindakan tegas menjelang lawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan Amerika Syarikat (AS), Alex Azar ke Taiwan pada Ahad ini.

Lawatan terbabit adalah kali pertama melibatkan pegawai tertinggi AS dalam tempoh empat dekad.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, Beijing akan menyekat sebarang cubaan untuk mencabar prinsip ‘Satu China’ yang menyatakan Taiwan adalah sebahagian daripada China.

Azar yang dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, dilaporkan akan berbincang mengenai kerjasama ekonomi dan kesihatan awam serta menyokong peranan antarabangsa Taiwan dalam menangani pandemik Covid-19.

Taiwan sering ‘diabaikan’ oleh kebanyakan agensi global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana sering dinafikan hak mereka sebagai sebuah negara oleh China.

AS sebelum ini memutuskan hubungan antarabangsanya dengan Taiwan pada 1979 demi menjaga hubungan baiknya dengan China.

Namun pentadbiran Trump kini mahu memperkukuhkan sokongan AS terhadap Taiwan serta meningkatkan penjualan senjatanya kepada Taipei.

Terdahulu, AS sedang mengadakan perbincangan untuk menjual sekurang-kurangnya 4 buah dron canggih milik negara itu buat pertama kali kepada Taiwan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat