Menurut sebuah sumber, Amerika Syarikat sedang mengadakan perbincangan untuk menjual sekurang-kurangnya 4 buah dron canggih milik negara itu buat pertama kali kepada Taiwan. Selain itu, perjanjian yang bakal dimaterai itu didakwa bakal mengeruhkan lagi hubungan mereka dengan China.
Drone pengawasan SeaGuardian itu dikhabarkan mampu terbang dalam jarak 6.000 batu nautika (11.100 km), jauh lebih canggih berbanding drone yang dimiliki oleh Taiwan saat ini.
Meskipun penjualan kenderaan udara tanpa pemandu itu telah diluluskan oleh Jabatan Negara, namun keputusan pegawai Amerika Syarikat untuk memberi kelulusan kepada eksport dron bersenjata itu masih belum diketahui.
Taiwan dikatakan telah mengemukakan permintaannya untuk membeli dron bersenjata pada awal tahun ini manakala Amerika Syarikat telah pun memberikan butiran harga dan data terperinci berkenaan perjanjian itu kepada Taiwan pada minggu ini sebagai langkah yang menunjukkan persetujuan rasmi untuk meneruskan penjualan.
Oleh itu, kedua-dua buah negara telah sepakat untuk menandatangani perjanjian yang membabitkan 4 buah dron, stesen darat, alat ganti, latihan dan sokongan bernilai sekitar $ 600 juta.
Walau bagaimanapun, perjanjian antara 2 buah negara berkenaan perlu dipersetujui oleh Kongress dan keputusan rasminya akan diberitahu pada bulan hadapan.
Untuk pengetahuan semua, ianya akan menjadi penjualan dron pertama setelah pemerintahan Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya untuk menjual lebih banyak dron kepada lebih banyak negara dengan menggubal semula perjanjian kawalan senjata antarabangsa yang disebut sebagai Regile Technology Control Regime (MTCR).
Akan tetapi, walaupun tentera Taiwan telah dilatih dan dilengkapi dengan perkakasan buatan Amerika Syarikat, China tetap mempunyai kelebihan tersendiri dari segi strategi yang diatur dan kemampuan untuk menambah peralatan canggih mereka sendiri.
Oleh yang demikian, pulau tersebut berusaha untuk meningkatkan kekuatan pertahanannya dalam berhadapan dengan semua ancaman yang diberikan oleh Beijing.