Jangan ‘BUY’ AUD/USD Walaupun Data Pekerjaan Australia Melonjak, Kenapa?

1,085

Matawang yang menjadi tumpuan pada sesi Asia hari ini adalah dolar Australia yang dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan Australia dan juga data pertumbuhan ekonomi China.

Apa faktor yang akan menyokong pengukuhan dolar Australia hari ini?

Kadar pertambahan pekerjaan Australia untuk bulan Jun meningkat sehingga 210,800 pekerjaan jauh lebih tinggi mengatasi jangkaan 106,000 selepas bacaan bulan sebelumnya mencatatkan kehilangan pekerjaan sebanyak -264,100 orang.

Seterusnya, pertumbuhan ekonomi China untuk suku kedua 2020 memberangsangkan menerusi bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 3.2% lebih tinggi berbanding jangkaan 2.2%.

Namun apa pula faktor yang akan mendorong penyusutan dolar Australia pula?

Walaupun pertambahan pekerjaan melonjak, namun membimbangkan apabila bacaan bagi data pengangguran meningkat ke paras tertinggi pada 7.4% berbanding 7.1% bulan sebelumnya.

Turut menambah tekanan adalah isu ketegangan hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia iaitu AS dan China yang masih menjadi tumpuan dalam pasaran.

Penilaian dari sudut pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam, harga telah pun mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru 5 minggu hampir mencecah paras 0.70400, namun harga kembali pamer penurunan semula ke bawah paras 0.70000.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan cubaan untuk harga melonjak selepas pertambahan pekerjaan yang positif dibantutkan dengan kadar pengangguran yang meningkat. Data ekonomi China yang diterbitkan pula gagal memberi reaksi ketara terhadap dagangan Aussie.

Harga yang membuat penurunan bakal menguji zon penting sekitar 0.69700 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju zon RBS (resistance become support) 0.69300 seterusnya ke zon RBS lebih rendah pada 0.69000.

Namun, jika harga kembali pamerkan lonjakan, paras tumpuan adalah pada ketinggian terbaru berkemungkinan ke paras resistance sekitar 0.70800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat