Jangan Libatkan Malaysia – Hishammuddin

575

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berunding dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo hari ini berhubung isu membabitkan Laut China Selatan.

Menurut Hishammuddin, Malaysia tidak sepatutnya terheret sama dalam geopolitik kedua-dua kuasa besar dunia itu dan usaha perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini di wilayah pertikaian berkenaan termasuklah pertempuran antara tentera oleh mana-mana pihak.

Ujar beliau lagi, Malaysia sentiasa komited untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan menerusi saluran diplomatik dengan mana-mana negara yang terlibat.

Tambah Hishammuddin, isu maritim di wilayah terbabit sepatutnya tidak digunakan sebagai punca perpecahan antara negara Asean.

Jelasnya, negara Asean perlu bersatu sebagai sebuah blok apabila berhadapan dengan kuasa besar dunia. Hishammuddin berkata sekiranya negara Asean terlalu menuruti tekanan yang diberikan oleh kuasa besar dunia, terdapat potensi besar blok ini akan berpecah.

Malaysia, Vietnam, Brunei, Filipina dan China antara negara yang menuntut kawasan di wilayah pertikaian terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat