Jangan Mula Trade Sebelum Baca Berita Ini

900

Permulaan awal minggu memperlihatkan matawang utama kembali mencatatkan peningkatan selepas sesi dagangan yang lemah pada hari Jumaat berikutan sentimen risk-off dalam pasaran.

Peningkatan ini didorong oleh prospek terhadap pakej rangsangan fiskal AS yang kembali meningkat dan perkembangan memberangsangkan mengenai rundingan perdagangan Brexit.

Pada hari Ahad, UK dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk berusaha lebih jauh dalam beberapa hari mendatang bagi mencapai kesepakatan perdagangan untuk mengelakkan no-deal Brexit menjelang tarikh akhir tempoh peralihan pada hujung bulan ini.

Persetujuan UK dan EU untuk meneruskan perbincangan ini telah menyokong matawang pound sterling untuk dibuka tinggi pada 1.33600 berbanding US dolar pada awal sesi Asia hari ini.

Sementara itu, pelan bantuan coronavirus oleh bipartisan bernilai $908 bilion dijangka bakal dibentangkan di Kongres AS secepatnya pada hari Isnin yang mana ia akan dibahagikan kepada dua bahagian supaya diluluskan oleh Kongres.

Berbanding kebanyakan matawang utama, dolar greenback didagangkan susut 0.15% pada 90.81.

Dalam pada itu, pengumuman Presiden AS Donald Trump bahawa vaksinasi dengan vaksin Pfizer akan dimulakan pada hari Isnin turut menyokong sentimen pasaran yang mengharapkan pemulihan global lebih cepat.

Dolar Aussie didagangkan meningkat berbanding USD dengan tumpuan pelabur turut terarah kepada penerbitan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal pagi esok.

Sementara dolar kiwi juga positif menjelang data ekonomi pada akhir minggu yang diramalkan menunjukkan peningkatan mendadak dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat