Pakej Rangsangan Covid-19 AS Dibentang Hari Ini

375

Pakej rangsangan Covid-19 bernilai AS$908 bilion bakal dibentangkan kepada Kongres pada hari ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, pakej itu akan dibahagikan kepada dua rang undang-undang yang berasingan dengan tujuan agar Kongres meluluskan pakej terbabit.

Pakej pertama yang bernilai AS$748 bilion akan tertumpu kepada dana untuk perniagaan kecil, penganggur dan pengedaran vaksin Covid-19.

Pakej yang kedua pula meliputi beberapa perkara utama seperti perlindungan liabiliti untuk perniagaan dan AS$160 bilion untuk kerajaan negeri dan tempatan.

“Pelan itu masih ada dan baik dan tidak mungkin, tidak mungkin kami akan meninggalkan Washington tanpa menguruskan keperluan kecemasan rakyat kita,” kata Senator Demokrat, Joe Manchin kepada Fox News.

Di bawah pakej rangsangan baharu itu, syarikat penerbangan AS akan menerima bantuan pembayaran gaji selama empat bulan sebanyak AS$17 bilion, sistem transit awam (AS$15 bilion), lapangan terbang (AS$4 bilion) dan landasan kereta api penumpang Amtrak menerima AS$1 bilion.

Ahli politik Demokrat dan Republikan telah berunding selama berbulan lamanya untuk mencapai persetujuan mengenai rang undang-undang koronavirus baharu selepas Kongres meluluskan bantuan sebanyak AS$3 trilion awal tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat