Jangan Rileks Lagi, Ada 2 Bank Pusat Bakal Gemparkan Pasaran!

388
  • Tumpuan beralih pada BOE dan ECB 
  • Kenyataan susulan bank pusat jadi tumpuan
  • Pasaran kembali berhati-hati

Usai sudah mesyuarat Federal Reserve (Fed) berakhir, kini fokus utama pasaran terarah kepada mesyuarat Bank of England (BOE) dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada sesi New York.

Kedua-dua bank pusat itu dijangkakan secara meluas akan melaksanakan kenaikan sebanyak 50 mata asas dalam kadar faedah.

Kenyataan susulan daripada Gabenor BOE Andrew Bailey dan Presiden ECB Christine Lagarde turut dinanti-nantikan pelabur bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju dasar mereka seterusnya.

Sebelum itu, mari lihat situasi semasa dalam pasaran mata wang pada sesi Eropah yang menyaksikan raja US dolar kekal melemah berbanding pesaing utamanya.

Federal Reserve (Fed) telah meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbarunya, dan kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Jerome Powell telah menolak jatuh indeks dolar ke paras terendah terbaru 9 bulan.

Beralih kepada mata wang Eropah, pound didagangkan lebih berhati-hati dengan pergerakan harga berlegar pada sekitar harga 1.2370 berbanding dolar greenback.

Sementara dagangan euro pula kekal mempertahankan keuntungan di paras ketinggian hampir 10 bulan, yang diraih sebelum ini susulan junaman US dolar.

Di sisi lain, pergerakan harga dalam dagangan dolar Aussie, Kanada dan New Zealand juga mendatar, menandakan pelabur bersiap sedia untuk lebih ‘ketidaktentuan’ yang akan berlaku pada sesi New York.

Selain mesyuarat BOE dan ECB, data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat juga bakal dijadikan tumpuan sebagai petunjuk kepada laporan pekerjaan NFP pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat