“Jangan Salahkan UST Kerana LUNA Gagal” – Pengasas Tron Yakin Stablecoin Algoritma Ada Potensi

1,447

Jika ada yang bertanya: adakah stablecoin algoritma masih berpotensi dalam pasaran kripto? Jawapannya ada pada pengasas Tron (TRX), Justin Sun.

Dalam satu temubual melalui aplikasi Zoom, Sun mendedahkan beliau masih percaya dengan kebolehan stablecoin algoritma.

Barangkali disebabkan itu Sun meneruskan projek stablecoin di Tron, USDD yang dilancarkan pada 5 Mei dengan sokongan koin natif, TRX.

Ya. Ini bermakna USDD adalah pantulan UST dan Frax Finance (FRAX), kontra dengan kebanyakan stablecoin: Tether (USDT) dan USD Coin (USDC).

Bagaimana USDD berfungsi?

Pengasas Tron menjelaskan TRX memainkan peranan penting untuk mengekalkan nilai USDD yang bersandarkan pada dolar AS:

“Apabila harga USDD susut di bawah $1, pelabur boleh mengirimkan 1 USDD ke sistem dan menerima TRX bernilai $1. Tetapi apabila USDD melebihi nilai $1, pelabur boleh menghantar sejumlah TRX berjumlah $1 ke sistem desentralisasi dan menerima 1 USDD.”

Ini bermakna ia juga melibatkan pembakaran koin.

TronDAO telah memutuskan nilai pasaran USDD lebih rendah berbanding TRX, dan lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah rizab TronDAO.

Difahamkan rizab TronDAO memiliki TRX dan Bitcoin (BTC), bersama sejumlah aset stablecoin lain: USDT, USDC, BUSD, DAI, dan TUSD yang bernilai $10 bilion untuk dijadikan cagaran kepada USDD.

Setakat ini, Rizab TronDAO memiliki sejumlah BTC bernilai $82,341,872, TRX ($181,643,872), USDT ($295,200,000), dan USDC (lebih $2 bilion).

Tron juga menawarkan hasil bebas risiko sebanyak 30% jika pengguna staking USDD.

Menyentuh perihal insiden Terra (LUNA) yang bakal menjadi Terra Classic dan LUNA Classic (LUNC), Sun memberitahu bahawa kegagalan Terra (LUNA) bukan berpunca daripada kecacatan stablecoin algoritma: “Kita tak boleh menyalahkan algoritma hanya kerana LUNA gagal.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat