Jangan Sebab Matawang Komoditi, Anda Abaikan Artikel Ini

541

US dolar didagangkan di sekitar paras terendah satu minggu berbanding pesaing utama ketika kebimbangan mengenai coronavirus telah kembali mereda dan memacu kenaikan matawang komoditi meningkat lebih tinggi.

Sentimen pasaran telah bertambah baik setelah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) memberikan kelulusan penuh terhadap vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech dalam langkah mempercepatkan vaksinasi di negara itu.

Pakar penyakit berjangkit utama di AS, Dr Anthony Fauci memberitahu pada Selasa bahawa Amerika akan dapat mengawal wabak Covid-19 pada awal tahun depan sekiranya lebih ramai orang divaksinasi.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan sedikit meningkat pada 92.95 ketika pembukaan sesi Asia.

Dolar kiwi, Aussie dan Kanada adalah antara matawang yang mempamerkan prestasi terbaik setelah meningkat dengan ketara pada Selasa dan masih didagangkan tinggi pada sesi Asia hari ini.

Kenaikan dolar kiwi telah disokong oleh kenyataan daripada penolong gabenor bank pusat New Zealand (RBNZ), Christian Hawkesby yang mengatakan pada mesyuarat polisi baru-baru ini mereka telah mempertimbangkan untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas iaitu lebih besar dari jangkaan.

Sementara dolar Kanada pula didagangkan lebih kukuh berikutan kenaikan semula harga minyak mentah dari paras terendah 3 bulan yang juga disokong oleh sentimen positif dari FDA yang telah memberi kelulusan penuh penggunaan vaksin.

Dolar Aussie turut meningkat walaupun situasi coronavirus di Australia bertambah buruk, di mana sebanyak 919 kes telah dilaporkan di New South Wales. Ini disokong oleh dagangan dolar Aussie yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat