Jangan Terkejut, Michael Saylor Dah Untung $4 Bilion Dalam BTC!

612

“Kalau dulu-dulu bila BTC masa murah, mesti kita pun dah jadi jutawan kan?”

Michael Saylor yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MicroStrategy sama sekali tidak bercadang bagi menjual sebarang pegangannya dalam mata wang kripto terbesar Bitcoin (BTC) dalam masa terdekat ini.

Hal ini kerana spot ETF telah menarik banyak aliran masuk oleh institusi ke dalam ekosistem BTC, ulas Saylor sambil menambah bahawa ETF telah memudahkan transformasi digital sehingga menyebabkan ratusan juta dolar mengalir setiap hari daripada ekosistem tradisional kepada ekonomi digital.

MicroStrategy memegang 190,000 BTC pada akhir Januari 2024 yang dibeli semasa harganya berada pada $31,224, jadi di sini dapat dilihat pegangan firmanya bernilai $10 bilion dan keuntungannya sudah cecah $4 bilion.

Memang tidak dinafikan ramai pelabur mungkin mempertimbangkan untuk jual pegangan mereka dalam BTC, tetapi bukanlah Saylor susulan beliau berkata bahawa BTC sebenarnya adalah exit strategy.

Sungguhpun nilai BTC hanya lebih satu trilion dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding emas, hartanah atau indeks S&P yang semuanya memiliki modal pasaran berganda-ganda lebih tinggi, Saylor tetap menegaskan BTC adalah lebih tinggi daripada yang disebutkan itu.

Saylor juga sungguh percaya modal akan terus mengalir daripada kelas aset itu ke dalam BTC susulan BTC secara teknikalnya lebih kukuh daripada yang lain, oleh itu tiada sebab untuk jual pemenang dan beli yang kalah.

Suka dimaklumkan MicroStrategy yang mula beli BTC pada Ogos 2020 didapati secara konsisten menambah portfolionya dan perlu diketahui pendapatan suku keempatnya telah menjenamakan semula diri mereka sebagai firma pembangunan BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat