“Wow bestnya, kehidupan mesti bertukar 360 darjah kan.”
Kebanyakan yang membeli memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) nampaknya mampu berjaya menjadi jutawan apabila seorang pekerja gudang telah bersara pada usia 35 tahun menjadi kaya-raya setelah melabur sebanyak $7,618 dalam SHIB.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa pelaburan berisiko dapat mengubah kehidupan seseorang individu susulan pekerja gudang itu raih keuntungan besar lebih $53 juta apabila harga SHIB naik 700,000% dalam masa kurang dari setahun.
Umum mengetahui bekas pekerja gudang itu mula mengenali tentang SHIB sejurus selepas membaca white paper projek tersebut dipanggil “woofpaper” yang telah dicipta oleh Ryoshi pada Ogos 2020.
Selain menerangkan cara token bertindak sebagai mata wang dan platform decentralized untuk teknologi seperti kontrak pintar, dokumen tersebut turut menjelaskan bagaimana mata wang kripto mengaplikasikan rangkaian Ethereum (ETH).
Diperjelaskan oleh bekas pekerja gudang lagi, beliau yang baca white paper tersebut telah percaya dengan kandungannya, oleh itu beliau yang berasal dari latar belakang agak miskin tidak pernah membayangkan ia akan peroleh wang sebanyak itu.
Memang tidak dinafikan SHIB telah menyaksikan pergerakan menurun sepanjang tahun ini, tetapi projek tersebut mempunyai beberapa inisiatif dilancarkan tahun ini yang dapat mendorong harganya mendaki tinggi.
Suku dimaklumkan SHIB mempunyai pelancaran Layer-2 Shibarium yang bakal disiarkan secara langsung pada bulan ini kemudian ia turut akan melaksanakan inisiatif metaverse SHIB dan rancangan untuk sistem identiti digital pada blockchain.
Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB tergelincir sebanyak 3.62% pada paras $0.0000092 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $6 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan 11.22% sepanjang minggu lepas.