Jangan Terkejut, Token Xai Meroket 66% Dalam Seminggu Je!

247

“Rupanya harga Xai nak ambil lajak dulu baru naik, korang ada ke yang beli atau dah terlepas?.”

Harga mata wang kripto XAI menembusi $1.22 apabila pengasasnya yang merupakan rangkaian gaming Xai pada Ethereum (ETH) scaler Arbitrum (ARB) melancarkan airdrop 125 juta XAI kepada para pengguna awal dan penyokong pada awal minggu lepas.

Suka dimaklumkan XAI telah dicipta bersama pembangun Arbitrum Offchain Labs, studio gaming dipanggil Ex Populus dan Xai Foundation yang baru ditubuhkan, di mana ia bertujuan untuk menjadi gaming blockchain terkemuka.

Pada minggu lepas, airdrop token XAI telah diberikan kepada pengguna yang memegang beberapa koleksi awal non-fungible token (NFT) Xai bersama pengguna yang membeli Santry Keys untuk mengendalikan nod validator.

Sementara pengendali nod sentry* boleh menuntut 1,658 XAI setiap nod dimilikinya yang kini bernilai $1,860 pada masa ini manakala setiap pemilik NFT Vanguard Xai boleh menuntut 1,307 token tersebut berharga lebih $1,460.

*Melindungi nod validator kami daripada sejumlah besar pertanyaan sehingga membebankan port (DDOS)

Nilai keseluruhan airdrop telah meningkat kepada $140 juta daripada kira-kira $70 juta sejurus selepas pelancaran token XAI pada minggu lalu.

Secara konteks, airdrops ialah salah satu cara untuk protokol atau aplikasi kripto memberi ganjaran token kepada pengguna awal dan penyumbang yang sering bantu mengasingkan proses tadbir urus termasuk membenarkan pemegang token mengundi cadangan.

Sehingga berita ini ditulis, harga XAI melonjak sebanyak 25.61% pada paras $1.13 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $544 juta seterusnya mencatatkan kenaikan 66.51% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat