Jangkaan dan Impak Data U.S Core PCE Malam Ini

1,155

[Artikel Tajaan]

Bacaan data “Personal Consumption Expenditures (PCE)” bakal diterbitkan pada malam ini jam 9.30 malam. Data ini merupakan petunjuk utama yang diguna pakai oleh Fed di dalam meneliti paras inflasi semasa di Amerika. Apa yang menariknya, pada mesyuarat FOMC yang lepas, pengerusi Fed Jerome Powell telah memberikan beberapa jangkaan terhadap bacaan data PCE pada malam ini. Sila rujuk di bawah bagi jangkaan bacaan data PCE. Sentimen pasaran pada ketika ini masih lagi menjangkakan pemotongan kadar faedah akan bermula pada Mac 2024 sebanyak 25 mata asas (bps).

Data Jangkaan Pasaran Jerome Powell Bacaan Sebelum
PCE MoM (Nov) 0%       – 0%
PCE YoY (Nov) 2.80% 3.10% 3.00%
Core PCE MoM (Nov) 0.20%       – 0.20%
Core PCE YoY (Nov) 3.30% 2.60% 3.50%

Impak Bacaan Data PCE Terhadap Pasaran

Jenis Bacaan Data Impak Sentimen / Pasaran
Peningkatan yang lebih besar daripada jangkaan di dalam bacaan Core PCE (MoM) berbanding bacaan sebelum Berkemungkinan mendorong pelabur untuk menurunkan jangkaan pemotongan kadar faedah untuk Mac 2024
Tiada perubahan di dalam bacaan Core PCE (MoM), atau pengeluaran data negatif berbanding bacaan sebelum Berlaku tekanan terhadap Indeks Dollar dan sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pemotongan kadar faedah bermula Mac 2024

Hari ini merupakan penutup bagi pasaran minggu ini di mana hari terakhir sebelum pasaran berehat bagi menyambut perayaan Krismas. Oleh yang sedemikian, jumlah dagangan pada hari ini dijangka akan berkurang sekaligus menyebabkan pergerakan yang aggresif terhadap pasaran sejurus pengeluaran data PCE pada malam ini.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat