Jangkaan Ini Menambah Kekuatan Kepada Pasaran Minyak Mentah Dalam Sesi Asia!

55

Harga minyak didagang stabil pada Isnin kerana disokong oleh jangkaan bahawa OPEC dan Russia telah bersetuju untuk melanjutkan pengeluaran minyak mentah merangkumi keseluruhan tahun ini.

Dagangan Brent mentah yang juga menjadi penanda aras antarabangsa bagi harga minyak dinilai pada $50.86 setong dalam sesi ini.

WTI mentah juga didagang pada $47.88 setong, sedikit berubah daripada sesi sebelum ini.

Penganalisis pasaran berkata, dagangan minyak mentah sesi ini disokong oleh jangkaan bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan pengeluar utama yang lain termasuk Russia telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian bagi mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari bermula separuh pertama tahun ini.

Menurut Bank ANZ pada Isnin, jangkaan sokongan yang diberikan oleh anggota OPEC bagi melanjutkan perjanjian pemotongan bekalan bakal memberi sokongan kepada harga minyak mentah minggu ini.

Dalam masa yang sama, Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih dan rakan sejawatnya dari Russia, iaitu Alexander Novak dijadul akan bertemu di Beijing pada Isnin bagi membincangkan tentang dasar pengeluaran minyak.

Russia merupakan pengeluar minyak mentah di dunia, sementara Arab Saudi merupakan pengeksport minyak terbesar.

Kedua-dua negara ini mengawal sekitar 20 juta tong sehari bersamaan dengan satu perlima daripada penggunaan global setiap hari.

Walau bagaimanapun, peningkatan aktiviti penggerudian di AS melemahkan usaha OPEC dan beberapa pengeluar lain bagi mengimbangi semula pasaran.

Firma Tenaga AS telah menambah jumlah pelantar minyak selama seminggu bagi minggu ke 17 berakhir 12 Mei, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pelantar minyak kepada 712 buah pelantar iaitu yang paling tinggi sejak April 2015.

Korea Utara Cetus Provokasi, US Dollar didalam Posisi Bertahan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat