Jangkaan Meleset, EUR/USD Sebaliknya Meningkat Selepas Kenaikan Kadar Oleh Fed

593

Menjadi tumpuan pada awal pagi tadi, keputusan mesyuarat FOMC menepati ramalan pasaran apabila Federal Reserve (Fed) telah meningkatkan kadar faedah daripada 0.25% kepada 0.50%.

Ini menjadi kenaikan kadar yang pertama sejak 2018 dan penggubal polisi melihat beberapa siri kenaikan lagi bakal berlaku sehingga penghujung 2022 berbaki 6 lagi mesyuarat untuk tahun ini.

Namun, agak mengecewakan pelabur apabila jangkaan untuk US dolar mengukuh selepas kenaikan kadar oleh Fed, meleset. US dolar mengakhiri dagangan sesi New York dengan pergerakan suram.

Penganalisis melihat situasi ini adalah normal walaupun bertentangan dengan kebiasaan pengukuhan mata wang yang berlaku selepas kenaikan kadar oleh bank pusat.

Oleh kerana pelabur telah mendapat petunjuk untuk pengetatan polisi yang akan mengukuhkan US dolar untuk tempoh yang lebih panjang, berkemungkinan pengambilan untung (profit taking) berlaku untuk posisi belian US dolar oleh pemain pasaran yang lebih awal sebelum mesyuarat.

Dan dijangka untuk US dolar kembali mengukuh berkemungkinan seawal minggu hadapan, namun bergantung juga kepada perkembangan isu semasa seperti krisis perang Rusia-Ukraine yang mempengaruhi sentimen pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, gagal untuk meneruskan penurunan lebih rendah, harga telah pamerkan corak kenaikan yang melepasi paras 1.1000.

Turut memberikan isyarat untuk bergerak dalam trend bullish, harga kekal disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, paras sekitar 1.11200-1.11400zon SBR (support become resistance) bakal diuji sebelum menuju pula ke paras tumpuan berikutnya sekitar 1.12000.

Namun waspada jika US dolar kembali mendapat rentak untuk memulakan pengukuhannya, perubahan trend harga bakal dijangkakan.

Penurunan di bawah paras 1.10000 dan juga paras sokongan MA50 akan mendorong jangkaan penurunan lebih rendah harga menuju semula ke zon support pada 1.0800 yang telah menjadi tumpuan pada dagangan awal minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat