Jangkaan Saudi Untuk Terus Menyokong Pasaran Memulihkan Sentimen Komoditi Hitam

45

Harga minyak US jatuh sebanyak 3 peratus pada hari Jumaat lepas, dengan minyak West Texas Intermediate (WTI) tutup di paras $49.29, susut 4.6 peratus pada keseluruhan minggu lalu berikutan para pelabur menutup posisi  pembelian (long) mereka bagi mengelak implikasi taufan tropika Nate ke atas pengeluaran minyak dan kapasiti penapisan di teluk Mexico, Amerika Selatan.

Walau bagaimanapun, kejatuhan harga minyak dilihat terhalang dengan jangkaan Arab Saudi akan terus mengekang pengeluaran minyak mereka bagi menyokong harga minyak serta bilangan penggalian minyak baru di US yang jatuh pada minggu lalu.

Pelabuhan, pengeluar dan penapisan minyak di Louisiana, Mississippi dan Alabama yang tutup pada minggu lepas dijangka akan beroperasi semula pada hari ini apabila ribut telah bergerak jauh daripada kawasan mereka.

Sentimen pasaran sedikit pulih dengan harga minyak WTI naik 15 sen kepada $49.44 pada jam 9.40 pagi manakala minyak Brent yang menjadi ukuran pasaran global naik 8 sen kepada $55.70 setong.

Shane Channel, penasihat ekuiti dan derivatif di ASR Wealth Advisers berkata, “Kami masih yakin bahawa Saudi akan terus berusaha menyokong pasaran minyak, terutamanya sehingga penjualan Aramco”.

Syarikat industri minyak terbesar Saudi Aramco merancang untuk mengeluarkan 5 peratus daripada saham syarikat untuk ditawarkan kepada umum atau dikenali sebagai initial public offering (IPO) pada tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat