Jatuhnya Permintaan China Resahkan Peniaga Minyak!

220

Harga minyak terus berada di bawah tekanan menuju dagang penghujung minggu berikutan kebimbangan yang terus membelenggu pasaran mengenai situasi terkini Covid-19 akan menjejaskan permintaan China.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mnetah Brent didagangkan sedikit berubah pada $85 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $78 setong.

Kedua-dua penanda aras menuju penurunan mingguan ketiga berturut-turut ekoran sentimen menyuramkan dari China.

China terus mencatatkan rekod baharu kes Covid-19 di mana kes jangkitan pada Rabu mencecah tahap tertinggi sejak 2020, menyebabkan Beijing dan bandar-bandar utama lain kembali melaksanakan perintah berkurung.

Penganalisis berkata terdapat tanda-tanda bahawa lonjakan kes Covid-19 di China mula memberi impak pada permintaan bahan api, dengan trafik permintaan minyak turun sekitar 13 juta tong sehari atau 1 juta tong lebih rendah daripada purata.

Dalam pada itu, pasaran turut berhati-hati menjelang perjanjian mengenai had harga yang akan berkuat kuasa pada 5 Disember apabila sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak Rusia bermula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat