Jepun Ada Perkara Penting Yang Ingin Disampaikan Kepada AS dalam Dialog Ekonomi Nanti!

43

Menurut Penasihat Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam, Jepun akan mengingatkan Amerika Syarikat bahawa cukai sempadan yang akan dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan import sama sekali tidak boleh melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Yasutoshi Nishimura berkata Jepun tidak menolak perjanjian perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat. Namun begitu, Washington dilihat lebih memberi keutamaan kepada rundingan semula perjanjian NAFTA.

Menurut Nishimura dalam satu wawancara kepada Reuters, Jepun tidak mahu cukai sempadan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat melanggar peraturan WTO semata-mata kerana ingin menggalakkan eksport.

Abe dan Trump telah bersetuju dalam pertemuan yang lepas untuk mewujudkan rangka kerja baru di dalam satu dialog ekonomi bagi membincangkan perihal dagangan dan pelaburan infrastruktur. Namun begitu, kedua-dua negara ini belum menetapkan tarikh dialog terbabit.

Presiden Trump, pernah mengancam untuk mengembalikan syarikat yang beroperasi di negara-negara seperti Mexico dan membawa pulang pekerjaan ke Amerika. Walau bagaimanapun, beliau dikatakan telah memberikan isyarat yang kurang jelas terhadap pelaksanaan cukai tersebut.

Beberapa pelabur asing dari Jepun kini lebih teliti dengan dasar perdagangan AS yang dikhuatiri akan menimbulkan semula isu geseran perdagangan 1980 sebaik sahaja Trump mengkritik barangan import bagi sektor automotif di Jepun selepas dilantik secara rasmi pada Januari lalu.

Nishimura ingin mengingatkan AS bahawa hubungan perdagangan telah banyak berubah semenjak tahun 1980. Negara itu juga berharap agar hubungan kedua-dua ngera dapat diperkukuh tanpa wujud sebarang pergeseran.

Jepun dikatakan akan menggunakan medium dialog itu untuk membincangkan isu pelaburan infrastruktur, peningkatan jumlah pelaburan secara langsung dan import gas syal dari AS.

Dalam masa yang sama, Nishimura juga yakin Jepun boleh menghilangkan kritikan Trump kerana Jepun menggunakan dasar yang agak longgar kerana masih berada dalam wilayah deflasi, disamping pergerakan tahap pertukaran matawang asing ditentukan oleh pasaran, dan bukan Jepun.

Ingin Tahu Punca disebalik Pengukuhan Kedua-dua Matawang Ini? Hadam Artikel Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat