Ingin Tahu Punca disebalik Pengukuhan Kedua-dua Matawang Ini? Hadam Artikel Ini!

47

US Dollar melonjak lebih tinggi dalam dagangan Rabu apabila lebih ramai penggubal dasar Fed menjangkakan kenaikan kadar akan diadakan seawal Mac. Jangkaan ini sekali gus mengenepikan sikap berhati-hati oleh pelabur terhadap butiran yang akan diberikan oleh Trump di dalam ucapan beliau nanti.

Matawang Greenback diniagakan meningkat sebanyak 113.16 Yen, meningkat sebanyak 0.35 peratus dari paras sebelum ini. Dalam sesi ini juga, Euro dinilai merosot berbanding US Dollar kepada $1.0565.

US Dollar yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai meningkat sehingga 0.1 peratus.

Ketua Strategi Matawang di Sumitomo Mitsui Bank, Daisuke Uno, Trump dijangka hanya akan mengulangi apa yang telah diperkatakan oleh beliau tanpa memberikan butiran yang lebih terperinci mengenai rancangan beliau.

Matawang US Dollar telah memulakan peningkatan sejak beberapa pegawai Fed termasuk pegawai yang paling berpengaruh, William Dudley dan John Williams menambah keyakinan pasaran terhadap prospek peningkatan kadar dalam mesyuarat Mac ini.

Dalam sesi ini juga, Dollar Australia meningkat sebanyak 0.2 peratus sejajar dengan data positif yang diumum oleh China.

Kemana Hala Tuju Komoditi Berharga Ini Dalam Sesi Ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat