Kemana Hala Tuju Komoditi Berharga Ini Dalam Sesi Ini?

56

Emas mula menjunam pada Rabu sementara menantikan ucapan penting dari Presiden Donald Trump kepada Kongres Amerika Syarikat. Dalam ucapan ini, beliau dikatakan akan melakukan satu rombakan besar terhadap sistem percukaian negara, selain peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan pertahanan.

Trump juga dijangka akan menyentuh isu pelan perlindungan kesihatan yang baru disamping menurunkan harga produk pharmaseutikal.

Emas di Comex menjunam sebanyak 0.51 peratus kepada $1,247.45 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures menurun sebanyak 0.58 peratus kepada $18.362 auns troy. Dalam masa yang sama, copper futures turut meningkat sebanyak 0.29 peratus kepada $2.723 sepound.

Disamping itu, data pembuatan yang memberangsangkan dari China memberikan harapan buat komoditi ini.

Semalam, logam ini kekal di tahap yang rendah walaupun US Dollar didagang melemah menjelang ucapan Trump.

Jabatan Perdagangan AS semalam juga melaporkan bahawa KNDK bagi 3 bulan terakhir 2016 meningkat sebanyak 1.9 peratus.

Pada Selasa juga, Amerika Syarikat mengumumkan data yang bercampur-campur disamping peningkatan jangkaan prospek kenaikan kadar pada bulan Mac.

Emas dikatakan sensitif terhadap pergerakan kadar feadah AS kerana ia berpotensi merubah kos untuk membeli emas.

Rangsangan Fiskal dan Pembaharuan Cukai : 2 Tumpuan Utama dalam Ucapan Trump

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat