‘Jepun Akan Rugi ¥1.4 trilion’ – Bill & Melinda Gates Foundation

1,753

Bill & Melinda Gates Foundation menjangkakan ekonomi Jepun akan mengalami kerugian dahsyat sebanyak ¥1.4 trilion (RM 54.4 bilion) untuk lima tahun akan datang jika vaksin COVID-19 tidak diedarkan kepada negara membangun seperti Afrika dan Asia.

Laporan itu didedahkan pada Rabu menerusi GZERO Summit yang dijalankan atas talian.

Persidangan kemuncak itu diketuai oleh Eurasia Group yang turut menyusun laporan tersebut.

Bill & Melinda Gates Foundation merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh pengasas Microsoft Corp. Bill Gates dan isterinya, Melinda.

Berdasarkan kenyataan di dalam laporan tersebut, jika penularan wabak COVID-19 gagal dibendung di negara membangun, situasi itu akan mendorong kepada penyusutan jumlah pelancong dan pelajar ke Jepun.

Malah, aktiviti pembuatan eksport Jepun turut akan terjejas.

Yayasan itu juga menggesa untuk mengedarkan vaksin secara adil, menjelaskan pandemik tidak akan surut jika hanya menfokuskan kepada satu negara sahaja.

Laporan tersebut ada menekankan Jepun untuk memainkan peranan utama dalam kerangka kerjasama antarabangsa seperti COVAX, di mana beberapa negara bersama-sama membeli vaksin untuk memberi akses kepada negara lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat