Jepun Berdepan Krisis Kemelesetan Berikutan Penguncupan Ketara Ekonomi

343

Penyumbang ekonomi ketiga besar dunia, Jepun dilaporkan berdepan kemelesetan yang dahsyat apabila keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencatatkan penyusutan
sebanyak 3.4% untuk tempoh tiga bulan pertama berbanding pada tahun lepas.

Para penganalisis memberi amaran terhadap penurunan yang lebih teruk, dengan ramalan lebih dari 20% pada masa akan datang setelah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada April lalu meminta rakyat untuk menetap di rumah dan menutup perniagaan dengan serta-merta.

Ketua pakar ekonomi, Yuichi Kodama mengandaikan Jepun kini sudah sepenuhnya memasuki fasa kemerosotan memandangkan kejatuhan pada kali ini dua perempat
KDNK negatif disusuli dengan kemelesetan pada Oktober-Disember dengan penguncupan sebanyak 7.3%. Kali terakhir Jepun berdepan kemelesetan adalah pada separuh tahun kedua 2015.

Malah, aktiviti eksport di Jepun juga dilihat merosot sebanyak 6.0% pada suku pertama, penurunan terbesar sejak kejadian gempa bumi pada 2011 hingga menyebabkan gangguan global dan penghantaran bekalan barangan Jepun.

Pada Jumaat lalu, Toyota Motor Corp mengatakan pihak mereka akan mengurangkan kadar pengeluaran kenderaan domestik sebanyak 122,000 unit pada Jun ini kerana kekurangan permintaan. Mereka juga menjangkakan penurunan sebanyak 80% paling rendah dalam tempoh sembilan tahun.

Pelbagai inisiatif telah diambil termasuk dana sebanyak $1.1 trilion dan Bank of Japan (BOJ) juga turut memberi dana dua kali berturut-turut pada April lalu. Malah, Shinzo Abe memohon dana kedua untuk membiayai perbelanjaan pada bulan ini dalam usaha mengawal wabak tersebut.

Namun, sokongan daripada pihak kerajaan pada masa akan datang masih tidak mencukupi dan dianggap terlambat kerana perancangan perbelanjaan yang lambat.
Justeru, ketua pakar ekonomi, Martin Schulz menjangkakan ekonomi negara itu akan mengambil masa yang lama, mungkin selama dua tahun, berbanding apa yang
mereka harapkan.

Terbaru, negara itu telah memansuhkan perintah kawalan pergerakan ke atas beberapa daerah pada Khamis lalu, namun perintah tersebut masih aktif di bandar-bandar utama termasuk Tokyo.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat