Jepun pada Jumaat mengatakan bahawa negara tersebut amat mengharapkan perjanjian Trans-Pasifik (TPP) akan menjadi kenyataan walaupun Doanld Trump pernah menegaskan bahawa AS akan menarik diri dari perjanjian itu.
TPP ini dimaterai bertujuan untuk mengurangkan halangan perdagangan terhadap negara-negara yang pesat membangun di Asia, tidak termasuk China. Walaupun begitu, perjanjian ini dianggap tidak mempunyai apa-apa makna tanpa kerjasama dari Amerika Syarikat.
Perjanjian yang telah memakan masih lebih kurang 5 tahun untuk digubal itu memerlukan pengesahan oleh sekurang-kurangnya enam anggota. Kesemua anggota tersebut mestilah menyumbang 85 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar.
Memandangkan saiz ekonomi Amerika Syarikat menguasai hampir keseluruhan ekonomi, perjanjian itu dianggap tidak bermakna tanpa mereka.
Sebelum ini Trump ada mengatakan untuk menarik diri daripada TPP sebaik sahaja menjawat jawatan secara rasminya pada Januari, namun masih belum disahkan oleh Senat AS. Trump juga akan menggantikannya dengan perjanjian dua hala yang bakal dirundingkan kelak.
Dalam masa yang sama, Jepun mengharapkan perjanjian itu boleh diteruskan dengan syarat-syarat yang lebih baik.
Menurut Taro Kono, iaitu ahli parlimen kanan di bawah pemerintahan Abe, Trump mungkin akan mengubah fikirannya.
Perdana Menteri New Zealand, John Key juga berseloroh pada bulan lalu dengan mengatakan bahawa Trump boleh menamakan semula perjanjian, jika itu sahaja cara untuk menarik Presiden tersebut menyertai TPP semula.
Benarkah Peningkatan Data Dari China Melemahkan Penguasaan Aussie?