Jepun & Qatar Dalam Misi Terokai Pelaburan Di Negeri Kelantan – PM Anwar

352

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mencadangkan negara gergasi seperti Jepun dan Qatar untuk meneroka peluang pelaburan di Kelantan.

Dalam ucapannya, beliau menggalakkan kepada pemimpin-pemimpin negara itu supaya turut mempertimbangkan negeri Kelantan sebagai lokasi pelaburan dan negeri-negeri lain.

Anwar berkata adalah tanggungjawabnya untuk turut membantu rakyat di negeri pimpinan pembangkang itu walaupun tidak mendapat mendapat mandat dalam membentuk kerajaan negeri. Cadangan itu dibuat ketika melawat kedua-dua negara baru-baru ini.

Beliau turut mengharapkan agar kerajaan PAS memudahkan proses pengambilan tanah bagi membolehkan pembangunan industri pertanian secara besar-besaran di negeri itu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata negeri pantai timur itu berpotensi untuk menerima pelaburan dari Jepun, Korea Selatan dan Timur Tengah.

Tidak banyak kilang asing di negeri itu kecuali ROHM-Wako Electronics dari Jepun.

Dr Mahathir, Penasihat Ekonomi kepada empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah juga menyokong para pelabur antarabangsa untuk menetap di negeri-negeri itu kerana mereka mesra perniagaan.

Mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Anwar berkata program akan dipertingkatkan bagi menangani kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.

Beliau turut menekankan kepentingan memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk seiring dengan permintaan semasa.

Anwar berkata teknologi AI juga akan diintegrasikan ke dalam kurikulum untuk pelajar di sekolah tahfiz atau program TVET. Kerajaan akan memberi peluang sama rata kepada belia Kelantan untuk cemerlang dalam bidang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat