Timbalan Gabenor Bank of Japan, Hiroshiko Nakaso pada Khamis mengatakan bahawa bank pusat mempunyai rancangan untuk menghapuskan dasar kewangan yang amat longgar di Jepun.
Pun begitu, sebarang rancangan untuk keluar daripada program rangsangan secara besar-besaran itu perlu bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran.
Kata Nakaso lagi kepada parlimen, apa yang penting buat Jepun sekarang ialah memastikan ekonomi berada pada tahap yang sepatutnya untuk memastikan negara tersebut tidak perlu lagi mengadaptasi sebarang langkah rangsangan ekonomi.
Data Bercampur-Campur Dari AS Gagal Mematahkan Pengukuhan AS Dollar.