Data Bercampur-Campur Dari AS Gagal Mematahkan Kekuatan US Dollar!

48

US Dollar melonjak ke paras tertinggi selepas data AS yang diumumkan bercampur-campur gagal mematahkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi AS.

University of Michigan berkata indeks sentimen pengguna meningkat kepada 93.8 pada November daripada bulan sebelumnya. Data durable goods turut mencatatkan peningkatan pada bulan lepas.

Dalam perkembangan yang kurang positif, Jabatan Buruh AS berkata bahawa tuntutan awal pengangguran di Amerika Syarikat bagi minggu berakhir 19 November meningkat sebanyak 18,000 daripada jangkaan awal. Penganalisis meramalkan pada minggu lepas, angka ini hanya meningkat sebanyak 15,000 orang.

Satu lagi laporan dari AS yang agak mengecewakan menunjukkan bahawa data jualan rumah baru jatuh sebanyak 1.9% unit bulan lepas.

Pun begitu, US Dollar terus disokong gara-gara dasar ekonomi Trump yang terus memberi keyakinan buat pasaran.

Pengerusi Fed, Janet Yellen juga mengulangi kenyataan pada Khamis yang menyatakan bahawa Fed akan menaikkan kadar tidak lama lagi.

Bagi matawang lain, EUR/USD didagang meosot.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Kumpulan penyelidikan Markit sebelum ini melaporkan bahawa indeks pembelian pengurus di Zon Euro yang mengukur tahap sektor pembuatan dan perkhidmatan dinilai meningkat.

Di tempat lain, GBP/USD merosot 0.27%.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

USD/JPY bangkit 1.43% kepada paras tertinggi dalam 8 bulan, sementara USD/CHF dan USD/CAD turut meningkat dalam sesi ini.

USD/CAD, 30 minit
USD/CAD, 30 minit

Sebaliknya buat matawang AUD/USD dan NZD/USD apabila masing-masing dinilai merosot.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Sementara itu, US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar kali terakhir dinilai menguat berbanding 6 matawang utama yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat