Jepun Tak Senang Duduk, USD/JPY Cecah 138.00 Pertama Kali Sejak 1998

354

Kerajaan Jepun terus menyuarakan kebimbangan tentang kejatuhan mendadak yen baru-baru ini dengan mengatakan akan memantau pasaran mata wang dengan lebih reasa mendesak (urgency) sambil bekerja rapat dengan Bank of Japan (BOJ).

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno mengulangi komen daripada beberapa penggubal dasar pada hari Khamis, tetapi tidak mengulas mengenai kemungkinan untuk campur tangan dalam mata wang.

Mata wang yen jatuh ke paras terendah harga 138.00 berbanding US dolar buat kali pertama sejak September 1998, selepas harga pengguna tahunan Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan terbesar dalam 40 tahun.

Lonjakan tidak dijangka tersebut telah meningkatkan kebimbangan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah dengan lebih ‘tegas’ daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus memperluaskan lagi jurang perbezaan dasar monetarinya dengan BOJ.

Umum mengetahui bahawa BOJ masih mengekalkan pendekatan dasar monetarinya yang sangat longgar meskipun bank-bank pusat utama dunia lain telah mengambil tindakan menaikkan kadar faedah.

Memburukkan lagi keadaan di Jepun adalah gelombang baharu kes Covid-19 yang dilihat telah merebak dengan pantas ke seluruh negara dengan Tokyo merekodkan 16,878 kes baharu pada Rabu, tertinggi sejak Februari.

Tokyo dilaporkan sedang bersedia untuk meningkatkan tahap amaran Covid-19 ke peringkat tertingginya di mana Perdana Menteri Fumio Kishida akan mengumumkan perkara tersebut pada 5 petang waktu tempatan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat