Jika Berterusan, GBP/USD Berisiko Untuk Jatuh Ke Paras Lebih Rendah

927

Matawang Pound Sterling pada dagangan Khamis kembali mempamerkan penurunan nilai khususnya berbanding US dolar dan dapat dilihat pada carta pasangan matawang GBP/USD.

Faktor yang memberi tekanan terhadap dagangan Pound adalah berhubung polisi kerajaan di mana kenyataan umum oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson dilihat bertentangan dengan penasihatnya dan ini telah menambahkan lagi kekeliruan.

Di samping itu, perkembangan rundingan Brexit EU-UK masih lagi buntu. Kesepakatan dilihat masih sukar dicapai apabila Ketua Perundingan EU, Michel Barnier mengatakan UK mahukan kesemua faedah seperti negara anggota yang lain.

Pada carta GBP/USD, harga telah menunjukkan penurunan sekitar 150 pips dari paras ketinggian terbaru yang dicapai melepasi 1.28100 ketika mesyuarat FOMC awal pagi ini.

Penurunan harga telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di samping US dolar yang mula menunjukkan pengukuhan di penghujung sesi Asia turut menekan harga ke paras lebih rendah.

Penurunan harga hampir ke paras 1.26500 pada awal sesi Eropah dan bakal menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.26200 yang gagal ditembusi ketika diuji sepanjang awal minggu.

Jika harga berjaya turun melepasi zon tersebut, destinasi seterusnya dilihat pada 1.25000 yang juga merupakan zon RBS tumpuan minggu lalu.

Namun jika sentimen pasaran terus membuatkan US dolar bergerak lemah, harga berkemungkinan akan menyambung semula kenaikan melepasi paras 1.27500 dan juga paras ketinggian yang dicapai pada sesi New York.

Lonjakan lebih tinggi harga mampu mencapai paras ketinggian terbaru pada resistance 1.29500 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance) pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat