Jika Dipilih, Calon Presiden AS Ini Janji Akan Selamatkan BTC!

339

“Sekarang senang la cakap, takut tiba masanya nanti pura-pura lupa pula.”

Dengan dihadiri 300,000 pendengar, Gabenor Florida Ron DeSantis pada Rabu semalam yang melancarkan Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) di Twitter Spaces bersama Elon Musk berkata bahawa beliau akan melindungi Bitcoin (BTC) jika dipilih sebagai pemimpin.

Kenyataan tersebut telah datang semasa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) Gary Gensler menegaskan setiap mata wang kripto adalah sekuriti dan di bawah bidang kuasa mereka.

Bagaimanapun, BTC telah menjauhkan diri daripada terpalit dalam perbahasan berhubung sekuriti susulan kebanyakan pengawal selia mengiktirafnya sebagai komoditi.

Selepas menunjukkan sokongan kuatnya terhadap aset digital dan decentralized pada masa lalu, Calon Republikan Ron DeSantis dalam pilihan raya utama berhasrat menentang bekas Presiden AS Donald Trump.

Baru-baru ini, Gabenor Florida Ron DeSantis telah menyelar AS dan bank pusat lain di seluruh dunia setelah mengetahui mereka sedang berada dalam proses meneroka perkembangan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Selain luluskan rang undang-undang untuk menjadikan CBDC menyalahi undang-undang di bawa Kod Komersial Seragam Florida, gabenor itu percaya CBDC tidak baik untuk rakyat AS susulan kerajaan akan mengawasi dan mengawal kewangan warga AS.

Ulas Gabenor Ron DeSantis lagi, Kongres mungkin tidak akan membenarkan rang undang-undang CBDC tersebut, oleh itu pihak berkuasa yang mempunyai kawalan ke atasnya akan mengenakan kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat