Jika Terpilih Jadi Presiden AS, Ron DeSantis Nak Haramkan CBDC!

380

“Semua setuju ke kalau calon presiden AS ni nak haramkan CBDC?”

Ron DeSantis, calon presiden Amerika Syarikat (AS) dan Gabenor Florida yang menentang dolar digital di negara tersebut sekali lagi bertindak mengkritik mata wang digital bank pusat (CBDC).

Semasa bercakap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Keluarga pada 14 Julai 2023 yang menampilkan enam lagi calon Parti Republikan, DeSantis berjanji untuk mengharamkan CBDC di AS sekiranya dipilih sebagai presiden.

Umum mengetahui DeSantis adalah penentang lantang dolar digital di AS susulan beliau pada Mei 2023 telah menandatangani rang undang-undang di Florida yang melarang penggunaan CBDC persekutuan sebagai wang.

Beliau juga melarang menggunakan CBDC asing dengan mendakwa ia akan membawa pada pemindahan kuasa besar-besaran daripada pengguna kepada pihak berkuasa pusat.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa CBDC tidak terlalu berbeza daripada mata wang tradisional yang dikeluarkan oleh bank pusat susulan ia boleh ditakrifkan sebagai versi digital mata wang fiat.

Bagaimanapun, isu tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila komuniti mata wang kripto mendakwa CBDC akan mengancam privasi rakyat seterusnya membawa kepada kawalan kerajaan mutlak.

Namun perlu diketahui sesetengah pelabur kripto melihat CBDC sebagai alat untuk meningkatkan penerimaan penggunaan global untuk teknologi blockchain.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, projek CBDC telah berkembang secara ketara apabila lebih 100 negara sedang menyelidik teknologi itu manakala 39 negara kini berada dalam fasa perintis ataupun lain-lain.

Memang tidak dinafikan Federal Reserve (Fed) tidak berhasrat mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat ini, tetapi pendiriannya mungkin berubah selepas pilihan raya tahun depan susulan ramai calon rancak membincangkan tentang kripto semasa kempen awal mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat