Jika USD/JPY Terus Naik Lagi, Bakal Rekodkan Paras Tertinggi 7 Tahun!

361

Walaupun menunjukkan corak kenaikan harga, namun pergerakan harga pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY paparkan momentum yang lemah.

US dolar mendapat sokongan oleh beberapa faktor untuk mengukuh, namun gagal untuk beraksi cemerlang berbanding Yen dengan harga bergerak mendatar pada carta USD/JPY sepanjang hari semalam (Rabu).

Sentimen pasaran yang berisiko buat masa ini kebiasaannya akan memberi kesan positif untuk kedua-dua mata wang US dolar dan Yen sebagai mata wang safe-haven. Namun, faktor fundamental bank pusat lebih memihak kepada US dolar dengan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) berbanding Bank of Japan (BOJ) yang dovish.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi memberi petunjuk untuk pengetatan dasar oleh Fed seperti yang dibincangkan pada mesyuarat lalu, diharapkan terus memacu US dolar untuk melonjak pada carta USD/JPY lebih tinggi di penghujung minggu.

Pergerakan harga masih berada dalam trend bullish dengan harga masih disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan harga di timeframe 1 jam.

Pelabur ingin melihat sama ada kenaikan harga selanjutnya mampu menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada lonjakan di awal minggu lalu sekitar 125.00.

Sekiranya berjaya melepasi paras tersebut, paras 125.800 pula dilihat bakal menjadi rintangan seterusnya yang bakal diuji setelah kali terakhir diuji adalah pada Mei 2015.

Mencapai paras tersebut sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 7 tahun.

Sebaliknya jika pergerakan mendatar harga semalam mula menunjukkan penurunan pula pada hari ini, harga yang bergerak di bawah paras sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 121.500 yang menjadi paras sokongan harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan harga USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat