John McAfee Mahu Bertanding Sebagai Presiden Amerika Syarikat Pada 2020

515

Ramai mengenali John McAfee sebagai pengasas kepada Perisian Anti-virus McAfee. Beliau sejak beberapa tahun lepas lebih dikenali sebagai antara pendukung industri matawang-crypto. Pada Ahad lalu, McAfee membuat keputusan untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 untuk berkhidmat kepada komuniti matawang-crypto.

Katanya, beliau akan bertanding di bawah parti Libertarian atau menubuhkan partinya sendiri.

Jika kita telusuri semula sejarah, ini adalah cubaan kedua McAfee untuk menjadi calon presiden selepas beliau kalah pada 2016 kepada bekas Gabenor New Mexico, Gary Johnson untuk menjadi calon presiden Parti Libertarian.

Sejak beberapa dekad yang lalu, McAfee melalui transformasi yang mengujakan dengan bermula sebagai lagenda dalam industri teknologi, mengasaskan perisian anti-virus McAfee dan menjualnya, mengasaskan syarikat teknologi yang baru, mencuba nasib sebagai calon presiden Amerika Syarikat, menjadi antara pendukung terbesar dalam industri matawang-crypto dan tinggal di kawasan pedalaman Tennessee.

Terbaru, beliau dilihat lebih cenderung kepada industri blockchain dan matawang-crypto. Beliau mempertahankan matawang-crypto apabila ia dikritik oleh CEO JPMorgan Jamie Dimon sebagai satu penipuan.

“Kamu panggil ia penipuan, kata McAfee pada September. “Saya penggali Bitcoin. Kami mencipta Bitcoin. Kos untuk mendapatkan satu Bitcoin adalah $1,000. Apa pula kos untuk mencipta $1 dollar? Mana satu yang dianggap sebagai penipuan?

Salah seorang daripada 827,000 pengikutnya di Tweeter berkata Oprah Winfrey sahaja sudah cukup untuk mengalahkan beliau dalam persaingan menjadi Presiden Amerika Syarikat. McAfee menjawab tweet tersebut dengan mengatakan, ” Siapa sahaja boleh mengalahkan saya. Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah saya akan berada di atas pentas dengan siapa sahaja pesaing saya.”

McAfee dilihat tidaklah serius untuk memenangi pilihanraya presiden, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada rakyat Amerika Syarikat apa itu matawang-crypto dan masa depan teknologi blockchain di atas pentas yang lebih besar iaitu persaingan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat