Johnson Buat ‘U-Turn’ – UK Dan EU Capai Kesepakatan Dalam Isu Perbatasan Ireland!

280

Britain pada hari Selasa mengumumkan bahawa pihak mereka akan meneruskan dengan mengugurkan klausa undang-undang antarabangsa Brexit setelah UK dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya mencapai kesepakatan dalam bagaimana menguruskan perbatasan Ireland Utara.

Michael Gove yang merupakan salah satu menteri utama Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan bahawa kedua-dua belah pihak berjaya mencapai kesepakatan dalam isu-isu dasar yang terkait dengan protokol mengenai Ireland dan Ireland Utara.

Kesepakatan itu akan mengugurkan apa yang menjadi halangan dan titik pertikaian antara Britain dan Kesatuan Eropah. Dalam masa yang sama, Brussels memberi amaran bahawa pihak mereka tidak akan bertolak ansur jika London meneruskan ancaman untuk memilih ‘no deal’.

Matawang sterling kembali mengukuh setelah susut sebanyak 1% berbanding US dolar yang dialami semalam. Kini matawang GBP telah berjaya untuk mengukuh walaupun di paras yang lemah berbanding US dolar iaitu susut 0.19% setakat jam 10.00 p.m.

Kesepakatan terpisah dari rundingan perdagangan itu akan memastikan Perjanjian Pengundruan UK berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari sebagaimana yang dikatakan oleh Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic.

Britain sekarang akan menarik balik klausa 44, 45 dan 47 Rang Undang-Undang Pasaran Dalaman UK dan setakat ini tidak memperkenalkan klausa-klausa baru untuk mengantikan klausa tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat