“Memang la kripto akan naik tapi persoalannya sekarang adalah bila.”
Michael Feroli, Ketua ekonomi JP Morgan & Co tidak lagi meramalkan Amerika Syarikat (AS) bakal menghadapi kemelesetan setelah menyaksikan pertumbuhan ekonominya adalah positif susulah daripada perkembangan yang teguh.
Rentetan itu, JP Morgan tanpa berlengah telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan sebenar untuk suku yang masih sedang berjalan daripada 0.5% kepada 2.5%, iaitu satu lonjakan besar mencerminkan kadar pertumbuhan ekonomi pesat.
Menurut Raphael Bostic, Presiden Federal Reserve (Fed) Atlanta berkata perbincangan mengenai pendirian bank pusat terhadap kadar faedah telah tercetus ekoran persekitaran ekonomi yang berubah ini.
Oleh demikian, kenaikan kadar faedah mungkin dapat beri kesan kepada pelbagai pihak, ulas Bostic sambil menambah walaupun laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada Julai meleset daripada jangkaan, kadar pengangguran nampaknya kekal stabil pada 3.5%.
Susulan Bank of America (BoA) dan Fed menyelaraskan semula pandangannya berhubung ekonomi, perubahan dalam sentimen secara keseluruhannya dijangka akan turut berubah.
Jadi di sini dapat dilihat pasaran mata wang kripto akan menjadi tumpuan disebabkan pasaran kewangan bertindak balas terhadap unjuran terkini JP Morgan dan ini membawa makna sentimen termasuk harga mungkin lebih positif pada masa hadapan.
Memang tidak dinafikan perkembangan ekonomi adalah salah satu faktor untuk mendorong harga kripto naik, tetapi kebolehsuaian dan kualiti tersendiri yang dimiliki oleh sesuatu aset digital itu dapat memberikannya kejayaan sungguhpun persekitaran berubah-ubah.
Sehingga berita ini ditulis, harga Bitcoin (BTC) melonjak sebanyak 0.23% pada paras $29,100 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Ethereum (ETH) pula melihat penyusutan 0.22% pada $1,830 dan Ripple (XRP) tergelincir 1.05% pada $0.62.