JPMorgan Sasarkan Harga Bitcoin Mencecah $146,000!

946

Pakar strategi JPMorgan Chase & Co. mendedahkan jangkaan mereka terhadap Bitcoin (BTC) yang berpotensi untuk melonjak kepada harga $146,000.

Bagaimanapun, jangkaan tersebut merupakan analisis untuk jangka masa panjang yang mana bersandarkan kepada permodalan pasaran semasa Bitcoin sekitar $560-$580.

Melalui jumlah tersebut, penganalisis dikenali Nikolaos Panigirtzoglou menjelaskan harga Bitcoin perlu meningkat 4.6 kali ganda untuk menjadikan harga per syiling $146,000.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Komersial BitPay, Sonny Singh mencadangkan harga BTC akan melonjak sekitar $40,000 sehingga $45,000 pada bulan hadapan atau seterusnya ketika tekanan penjualan meningkat.

Singh juga tidak menolak sebarang kemungkinan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) akan mula membeli Bitcoin, dan mungkin juga akan memperkenalkan peraturan yang lebih agresif.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $30,826 dengan penyusutan sebanyak 8.2%.

Susulan daripada penyusutan mendadak pada petang semalam, jika aset Satoshi Nakamoto gagal melepasi paras sokongan $31,000, ada potensi untuk BTC terus susut ketika berlaku pembetulan.

Pembetulan terdahulu meningkat sebanyak 30% yang mana mampu menarik Bitcoin jatuh kepada paras all-time high (ATH), $20,000.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat