Jual ‘Meal Box’ Bertemakan BTC, Kedai Serbaneka Korea Selatan & Bithumb Bekerjasama!

130

“Ideanya memang sangat di luar kotak, kita pun takkan terfikir nak buat meal box bertemakan BTC.”

Emart24, rangkaian kedai serbaneka Korea Selatan memeterai perjanjian bersama bursa mata wang kripto tempatan Bithumb bagi memperkenalkan “meal box” Bitcoin (BTC) baharu yang bakal tersedia untuk pembelian di kedai.

Emart24 dan Bithumb berkata pada 9 Mei 2024 bahawa penyediaan kira-kira 30,000 meal box bakal dilakukan menjelang akhir bulan ini , di mana setiap kotak akan dijual pada harga 5,900 won Korea bersamaan $4.30.

Menurut laporan dari media tempatan, wakil dari Bithumb mendedahkan para pelanggan boleh menerima BTC bernilai 10,000 won sekiranya mereka memuat turun aplikasi bursa kripto itu kemudian memasukkan nombor kupon yang terdapat dalam setiap meal box.

Bukan itu sahaja, Bithumb turut menawarkan BTC bernilai 20,000 won kepada pelanggan yang buat akaun BTC melalui bank NH Nonghyup sementara pelanggan yang sudah mempunyai akaun mesti menyambungkannya ke Bithumb untuk menerima BTC tambahan.

Umum mengetahui pembangunan meal box BTC adalah susulan daripada gembar-gembur berterusan berhubung kripto sejurus selepas acara halving yang paling ditunggu-tunggu berlangsung pada 20 April 2024.

Suka dimaklumkan Bithumb yang merupakan salah satu bursa kripto terkemuka Korea Selatan adalah ahli Persatuan Pertukaran Aset Digital (DAXA) bersama-sama dengan Upbit, Coinone, Korbit termasuk Gopax.

Memang tidak dinafikan Bithumb yang merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) telah ditangguhkan, tetapi pasukannya kali ini berhasrat menjadi bursa kripto pertama yang disenaraikan di pasaran saham Korea Selatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat