Jual Saham Kripto COIN, Cathie Wood Kaut Untung $33 Juta!

555

“Jadilah macam Cathie Wood, bila dah naik ambillah profit jangan tunggu lagi sampai harga jatuh pula.”

Ark Invest, firma pengurusan pelaburan diasaskan oleh Cathie Wood yang ingin melancarkan spot Bitcoin (BTC) ETF pada tahun 2024 telah bertindak mengaut keuntungan diperolehnya daripada simpanan besarnya dalam saham Coinbase (COIN).

Menerusi pemerhatian, Ark Invest pada 5 Disember 2023 telah menjual 237,572 saham COIN semasa harganya ditutup pada $140 sesaham daripada tiga dananya bagi mengambil keuntungan kira-kira $33 juta.

Sejurus selepas menjual 201,711 saham COIN daripada Ark Innovation ETF (ARKK), Wood jual lagi 28,535 dan 7,326 oleh Ark Fintech Innovation ETF (ARKF) serta Ark Next Generation Internet ETF (ARKW).

Saham COIN berjaya mencatatkan paras tertinggi tahunan baharu apabila harganya melonjak 280% year to date (YTD) pada $148 semasa seluruh pasaran kripto naik dan selepas Binance serta Changpeng Zhao (CZ) mengaku bersalah terhadap pengubahan wang haram termasuk pelanggaran sekatan di AS.

Selain menjual saham COIN secara agresif, Ark Invest turut jual 168,127 saham Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) ketika harga berada pada $35 untuk menjana keuntungan $5.9 juta kemudian saham Grayscale Bitcoin Trust pada 23 Oktober 2023 semasa BTC sedang menuju ke $34,000.

Memang tidak dinafikan Ark Invest telah menjual saham COIN, tetapi firma tersebut masih memegang sejumlah besar saham itu di mana COIN kekal sebagai aset terbesar dalam portfolio ARKF, iaitu menyumbang lebih 13% daripada aset bersihnya dengan nilai hampir $135 juta.

Suka dimaklumkan bahawa ARKW ETF dan ARKK ETF masing-masing turut memegang saham COIN sebanyak 11.72% serta 11.64%.

Bukan itu sahaja, Ark Invest juga secara aktif membeli saham berkaitan kripto lain, antaranya adalah Robinhood (HOOD) termasuk SoFi Technologies (SOFI) sungguhpun ia mengumumkan penamatan perkhidmatan perdagangan aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat