Jualan Borong & Runcit Suku Pertama Malaysia Naik 3.9%

232

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memperlihatkan dagangan barang runcit dan borong negara naik 3.9% tahun ke tahun (y-o-y) semasa suku pertama 2022 (1Q22) diikuti oleh subsektor kenderaan bermotor.

Menurut Ketua Perangkaan Negara, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dagangan runcit meningkat 51.1% sementara dagangan borong lonjak 1.2% dan diikuti oleh subsektor kenderaan bermotor pada 8.8%.

Terangnya, perbandingan suku ke suku (q-o-q) menyaksikan indeks volumnya meningkat 0.7% yang disokong oleh pertumbuhan dagangan runcit pada 3.2%.

Ringkasan data

1. Volum kenderaan bermotor:

  • Penjualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor naik 18.5%.
  • Penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan tambah 16.5%.
  • Penjualan kenderaan bermotor canak 9.1%.
  • Penyelenggaraan dan pembaikan motosikal susut 14.1%.
  • Indeks volum kenderaan bermotor y-o-y jatuh 0.9% berbanding suku sebelumnya.

2. Volum dagangan runcit:

  • Jualan runcit bukan kedai naik 26.3%.
  • Jualan runcit kedai bukan khusus tambah 11.1%.
  • Jualan runcit bahan api automotif di kedai khusus lonjak 11%.
  • Jualan makanan, minuman dan tembakau tumbuh 6.6%.
  • Indeks volum dagangan runcit y-o-y capai 3.2% berbanding suku sebelumnya.

3. Volum dagangan borong:

  • Bahan mentah pertanian dan haiwan hidup pada 8.4%.
  • Sumber makanan, minuman dan tembakau pada 4.6%.
  • Barangan isi rumah pada 3.3%.
  • Mesin, peralatan dan bekalan pada 2.7%.
  • Indeks volum dagangan runcit y-o-y menurun 1.5%.

Jika di selaraskan mengikut musim, maka indeks volum dagangan borong/runcit bertambah 5.1% berbanding suku terakhir 2021.

Tambah Uzir, semua subsektor catat pertumbuhan positif dengan perdagangan runcit pada 5.9%, kenderaan bermotor 5% dan perdagangan borong pada 2.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat