Jualan Runcit UK Lemah, Matawang Pound Parah!

481

Aktiviti penjualan runcit UK tanpa dijangka telah mencatatkan kejatuhan pada bulan Disember ketika penularan varian Omicron membantutkan pengguna untuk berbelanja.

Terbaharu, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan penurunan 3.7% daripada peningkatan 1.0% yang disemak semula pada November, dan juga meleset dari jangkaan untuk penguncupan 0.6%.

Angka yang dicatatkan ini merupakan kejatuhan terbesar sejak Januari tahun lepas apabila negara itu berada di bawah sekatan coronavirus kali kedua disebabkan penularan Delta.

Ia juga mencerminkan impak dari penularan varian baharu, Omicron terhadap perbelanjaan pengguna.

Walaupun sekatan untuk mengekang penularannya telah dirtarik bali, tetapi terdapat kebimbangan inflasi yang tinggi, kadar faedah dan cukai akan menjejaskan pendapatan pengguna tahun ini, telah mengurangkan kuasa perbelanjaan mereka.

Bacaan mengecewakan ini telah mendorong mata wang pound menjunam lebih rendah dari paras ketinggian dua bulan yang dicapainya pada minggu lalu, membawanya didagangkan pada sekitar harga 1.35700 berbanding USD.

Sementara itu, dagangan US dolar sedikit berubah ketika pelabur menantikan pembukaan sesi New York. Namun, tiada data ekonomi utama dari Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Sebaliknya, data jualan runcit Kanada akan dijadikan tumpuan pelabur dolar loonie yang kini didagangkan susut berikutan kemerosotan harga minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat