Jualan Tiket AirAsia Untuk Penerbangan Ke Langkawi Laku Keras!

649

AirAsia mempamerkan lonjakan permintaan yang gah bagi penerbangan ke Langkawi berikutan pembukaan semula sektor pelancongan seperti yang diumumkan pada minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Riad Asmat mengatakan syarikat tersebut telah memperoleh jualan sebanyak 200,000 jualan tiket menerusi pembukaan semula pulau itu.

Melalui penjualan tiket oleh AirAsia, ia telah mencatatkan pemerolehan kadar penjualan sekitar 30,000 tiket untuk tempoh tempahan hari pertama sahaja.

Menurutnya juga tiket penerbangan AirAsia Malaysia bagi September dan Oktober telah laku dijual dan ia yakin momentum tersebut akan berterusan.

CEO airasia Super App, Amanda Woo menyatakan bahawa syarikat itu akan turut menawarkan perkhidmatan e-hailing (AirAsia ride) untuk beroperasi di Pulau Langkawi pada 16 September ini.

Manakala CEO Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib mengeluarkan harapan untuk bekerjasama secara strategik dengan AirAsia bagi menarik lagi ramai pelancong ke pulau tersebut.

Ia juga berharap agar usaha itu dapat membuka peluang kepada lebih banyak perjalanan domestik dan antarabangsa yang baharu ke Langkawi menerusi sokongan daripada kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, LADA turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyediakan SOP yang komprehensif bagi pasaran antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat