Jumlah Pekerjaan di London Semakin Berkurangan Akibat Brexit

67

Jumlah pekerjaan baru di pusat kewangan UK jatuh 17% pada Februari yang membawa kepada pengurangan 6,945 pekerjaan berbanding tahun lalu. Hal ini dinyatakan sendiri oleh tinjauan yang dibuat oleh Morgan McKinley.

Jumlah penduduk yang mencari pekerjaan merekodkan kejatuhan sebanyak 38% dari tahun ke tahun pada Februari 2016, manakala jika dibandingkan dengan Januari jumlah pekerjaan susut sebanyak 23%.

Julai lepas, selepas sebulan dari undian Brexit, tinjauan ini melaporkan jumlah pekerjaan baru di London berkurangan sebanyak 27%, manakala jumlah penduduk yang mencari pekerjaan jatuh sebanyak 13%.

“Brexit telah menyebabkan syarikat-syarikat terbahagi kepada dua kumpulan,” kata Hakan Enver, Pengarah Operasi di Morgan McKinley Financial Services, tambahnya: Satu kumpulan menjalankan perniagaan seperti biasa, dan satu lagi kumpulan sudah penat dengan perkembangan politik dan telah mula memindahkan pekerjaan ke negara-negara Kesatuan Eropah yang lain. Kumpulan kedua adalah penyumbang kepada pengurangan pekerjaan sebanyak 25%.”

“Ada potensi untuk kita melihat jumlah pekerjaan meningkat semula pada April, seperti yang terjadi selepas undian Brexit,” katanya. “Tetapi data terkini menunjukkan Brexit masih memberi tekanan kepada pekerjaan di kawasan bandar.”

Brexit dan masa depan London sebagai pusat kewangan Kesatuan Eropah, menjadi perhatian kepada mereka yang mencari pekerjaan di London.

Perdana Menteri Theresa May seakan memilih ‘Hard Brexit’, yang mengutamakan pengawalan imigrasi kepada ahli-ahli di dalam Kesatuan Eropah. Kawalan imigrasi ini menyebabkan pasport bagi kebebasan keluar-masuk penduduk Kesatuan Eropah ke London akan disekat.

Hal ini sebenarnya merugikan London di mana pihak FCA (Financial Conduct Authority) menyatakan sebelum ini bahawa 5,500 syarikat di UK banyak bergantung kepada pasport ini, di mana pendapatan daripada syarikat-syarikat ini berjumlah 9 billion Pound.

HSBC, JPMorgan, dan UBS telah memberi amaran tentang pemindahan pekerja mereka ke negara lain di Kesatuan Eropah. Jamie Dimon, CEO JPMorgan Chase berkata kepada Bloomberg bahawa mereka akan memindahkan pekerja lebih daripada jangkaan. Katanya, “nampaknya lebih banyak pekerjaan yang akan dipindahkan berbanding jangkaan sebelum ini,” kata Dimon. JPMorgan mempunyai 16,000 pekerja di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat