Jumlah Tuntutan Pengangguran AS Catat Angka Lebih 3 Juta Tuntutan Pada Minggu Lepas ?

431

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas mencatat peningkatan ketara. Data yang dikeluarkan ini merupakan salah satu petunjuk kesan wabak koronavirus atau COVID-19 terhap sektor pekerjaan. Warga Amerika yang terkesan dengan wabak Covid-19 telah menfailkan tuntutan pengangguran melalui Jabatan Buruh.

Jabatan Buruh melaporkan bahawa tuntutan pengangguran telah meningkat kepada 3.28 juta. Jumlah ini merupakan jumlah yang tertinggi pernah dicatatkan walaupun dibandingkan dengan jumlah yang dicatat semasa kemelesetan ekonomi 2009 iaitu hanya sebanyak 665,000 dan 695,000 unit pada Oktober 1982. Pada minggu lepas jumlah tuntutan pengangguran adalah sebanyak 282,000.

Bacaan yang dicatat ini jauh mengatasi bacaan yang diramalkan oleh ahli ekonomi yang mesasarkan 1.5 juta tuntutan sahaja. Lonjakan ini berlaku berikutan kelembapan ekonomi akibat krisis wabak Covid-19.

Purata angka peningkatan dalam tempoh 4 minggu mencatat peningkatan sebanyak 1,731,000, naik sebanyak 27,500 dari seminggu yang lalu.

Sektor perniagaan di seluruh negeri telah diarahkan tutup berikutan dasar sosial tetap berada di rumah bagi menghambat penularan pandemik ini. Menurut Jerome Powell, walaupun dapat dilihat peningkatan yang ketara dalam pengangguran dan penurunan yang ketara dalam aktiviti ekonomi namun terdapat kemungkinan di bahagian lain akan mencatat lonjakan positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat