Kadar Dana Persekutuan Mencatat Pertumbuhan Di Luar Had Menjelang Mesyuarat FOMC!

296

Pasaran kewangan Amerika Syarikat kini menjadi tumpuan menjelang 2 pagi dimana Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan mengeluarkan keputusan dasar kewangannya untuk bulan September. Data terbaru yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan sasaran kadar dana persekutuan (federal funds rate) tersasar daripada kadar yang ditetapkan oleh bank pusat.

Laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan kadar dana persekutuan meningkat kepada 2.3% , bacaan ini berada diluar had yang ditetapkan oleh the Fed dalam mesyuarat lepas iaitu 2% kepada 2.25%.

Pasaran menjangkakan bahawa Fed akan mengurangkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%-2.00%. Dalam masa yang sama mesyuarat kali ini juga akan memberi indikasi adakah akan terdapat pemotongan kadar faedah lanjutan.

Pada ketika ini ekonomi Amerika Syarikat masih bertumbuh dengan kukuh dengan data inflasi dan sentimen pengguna yang mencatat bacaan yang positif. Hal ini menyebabkan jangkaan terhadap pemotongan kadar semakin berkurang.

Walaubagaimanapun, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, konflik geopolitik terutama isu minyak pada baru-baru ini dan kelembapan ekonomi masih menjadi isu-isu yang mengkhuatirkan pasaran dan ia dapat menjadi faktor-faktor kadar faedah perlu diturunkan.

Disisi lain, Trump sebelum ini telah beberapa kali mengkritik dan menyerang the Fed agar mengurangkan kadar faedah. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.09% kepada paras 97.903 setakat jam 11.15 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat