Kadar Faedah Australia Tidak Berubah, Matawang Aussie dan New Zealand Menyusut

184

Matawang Australia dan New Zealand dolar menyusut berbanding U.S dolar pada hari Selasa, selepas Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah bagi bulan November dan jangkaan pasaran bahawa Federal Reserve akan meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan menyebabkan permintaan terhadap matawang U.S dolar meningkat.

AUD/USD didagangkan rendah iaitu menyusut sebanyak 0.44% kepada 0.7658 setakat jam 5.20 petang.

Menepati jangkaan bahawa RBA mengumumkan mengekalkan kadar faedah pada 1.50%.

Menurut Gabenor RBA, Philip Lowe menyatakan bahawa bank pusat juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi Australia dijangka tidak berubah.

Para pengnalisis berbeza pandangan terhadap pergerakan kadar faedah pada masa hadapan. Pendapat pertama menyatakan bahawa kadar faedah akan dikurangkan pada masa akan datang disebabkan beberapa indikator ekonomi Australia yang bertumbuh secara perlahan. Pendapat kedua, jika keadaan ekonomi bertambah baik maka ia akan membawa kepada peningkatan kadar faedah tersebut.

NZD juga menyusut berbanding U.S dolar sebanyak 0.40% kepada 0.6918 setakat jam 5.20 petang.

Faktor yang mendorong penyusutan NZD antaranya ialah apabila Reserve Bank of New Zealand mengeluarkan kenyataan bahawa jangkaan inflasi bagi 2 tahun akan datang jatuh kepada kadar 2.0% bagi suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua yang mencatat paras 2.1% .

Selain itu, ialah pengukuhan matawang U.S dolar berikutan laporan data U.S yang positif dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.38% kepada bacaan 94.98 setakat jam 05.20 petang.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat