Kadar Faedah Bakal Di Naikkan? Gabenor Bailey Jelaskan Pemerhatian Terkini!

366

Bank England telah mengambil langkah berbeza menuju penurunan kadar faedah pada hari Khamis, apabila seorang penggubal dasar menyokong pengurangan dan Gabenor Andrew Bailey mengatakan beliau “optimis bahawa perkara sedang bergerak ke arah yang betul”.

Berikut adalah ulasan daripada sidang akhbar daripada Gabenor Andrew Bailey:

“Kemungkinan besar kita perlu mengurangkan kadar bank dalam beberapa suku akan datang dan membuat dasar monetari sedikit kurang bersikap restriktif dalam tempoh ramalan, mungkin lebih daripada yang semasa diprisedkan dalam kadar pasaran. “Ini akan konsisten dengan memastikan bahawa inflasi tidak jatuh dengan ketara di bawah sasaran pada akhir tempoh ramalan.”

“Sebelum mesyuarat seterusnya pada bulan Jun, kita akan mempunyai dua set data penuh untuk aktiviti inflasi dan pasaran buruh dan data tersebut akan membantu kita dalam membuat penilaian semula.”

“Ketidakhadiran kejutan data adalah petunjuk bahawa kita kini kembali kepada fasa yang lebih normal, sekurang-kurangnya berbanding dengan tempoh yang dilalui ketika pandemik global dan krisis geopolitik di Eropah.

“Risiko terhadap ekonomi global dilihat  masih ada termasuk dari konflik di Timur Tengah. Waima begitu, ekonomi telah berjaya disesuaikan untuk menangani risiko-risiko tersebut.”

“Inflasi kini telah turun ke kira-kira 3% dan kami mengharapkan ia akan berada paras berhampiran dengan sasaran dalam beberapa bulan akan datang. Perkara ini dilihat sangat menggalakkan.”

“Dinamik inflasi UK berbeza dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat berhadapan situasi yang berbeza. Ia mempunyai permintaan yang lebih kuat, dan oleh itu saya fikir adalah penting untuk menzahirkan perbezaan tersebut.

Tumpuan pasaran terarah kepada indikasi-indikasi terbaru yang dikeluarkan oleh para penggubal pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat