Kadar Hashrate Ethereum Turut Kena Tempias, Susut Hampir 30%

428

Bukan Bitcoin (BTC) sahaja tetapi juga Ethereum (ETH) menyaksikan penyusutan hashrate sehingga lebih 25% dari paras tertinggi pada pertengahan Mei lalu.

Hashrate merujuk kepada pengiraan bagi daya pengkomputeran rangkaian, sedikit sebanyak berkait dengan harga ETH.

Ketika aset mencatat peningkatan nilainya, aktiviti perlombongan menjadi lebih menguntungkan sekaligus menarik sumber perlombongan ke rangkaian dan meningkatkan kadar hashrate.

Faktor utama kepada penurunan kadar hash ini disebabkan oleh cengkaman kerajaan China terhadap perlombongan kripto di negara itu.

Pada 20 Mei, hashrate Ethereum mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada kadar 585.5TH/s (terahash sesaat). Bagaimanapun, dalam beberapa minggu berikutnya rekod tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 26% ke paras terendah 3 bulan pada kadar 434.3TH/.

Boleh dikatakan pelombong Ethereum di China agak tidak bernasib baik kerana selain terpaksa akur dengan tindakan pihak kerajaan, mereka juga terpaksa menanggung kos EIP-1599 yang dikurangkan.

Untuk pengetahuan, pengenalan ETH 2.0 dan peralihan rangkaian kepada konsep Proof-of-Stake (PoS) akan menyebabkan operasi perlombongan Ethereum dihentikan serta-merta.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan pada $2,138.75, susut 0.95% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat