Kadar Inflasi UK Melonjak Ke Tahap Tertinggi Sejak Mac

274

Indeks harga pengguna (CPI) UK pada bulan Julai tanpa dijangka telah mencatatkan peningkatan tertinggi yang pernah direkodkan sejak tercetusnya krisis pandemik coronavirus pada Mac.

Data yang diterbitkan oleh Pejabat Statistik Negara (ONS), menunjukkan harga pengguna meningkat kepada 1.0% daripada 0.6% yang dijangkakan pasaran dan dicatatkan pada bulan sebelum ini.

Menurut ONS, antara penyumbang utama kepada peningkatan inflasi pada Julai adalah disokong oleh harga pakaian dan petrol.

Sementara itu, inflasi teras yang tidak termasuk harga tenaga, makanan, alkohol dan tembakau yang tidak menentu, meningkat ke tahap tertinggi dalam satu tahun pada 1.8% daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

ONS memberitahu bahawa bacaan inflasi yang dicatatkan pada Julai adalah meliputi keseluruhan harga barangan dan perkhidmatan yang mana sebelum ini telah dijejaskan oleh sekatan coronavirus.

Dalam pada itu, Bank of England (BOE) baru-baru ini telah mengunjurkan kadar inflasi UK akan susut ke paras negatif untuk jangka masa terdekat, iaitu kepada -0.3% pada Ogos.

Dagangan matawang pound sterling terus mengekalkan momentum pengukuhannya di paras ketinggian sejak Disember 2019 disokong oleh kelemahan US dolar dan harapan terhadap rundingan perdagangan Brexit yang bermula pada Selasa.

Dolar greenback pula kekal didagangkan lemah berbanding matawang utama pada 92.20, menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat